PERODUA AXIA dan VARIAN

Perodua Axia secara rasminya telah dilancarkan pada 15 september 2014... Dan merupakan kenderaan EEV (energy efficient vehicle ) atau dalam Bahasa Malaysia nya adalah Kenderaan Cekap Tenaga yang pertama di Malaysia. Dengan Harga serendah RM24ribu untuk varian paling rendah spesifikasi sehingga RM42ribu untuk varian paling tinggi spesifikasinya, menjadikan Perodua Axia sebagai fenomena kepada industri tanah air apbila berjaya memintas Perodua Myvi sebagai kenderaan paling laris di Malaysia. Berikut mari kita tinjau Varian-varian axia sebagai rujukan:

AXIA 1.0 E

perodua axia 14

Perodua Axia E ditampilkan dengan 2 jenis pilihan warna iaitu PUTIH dan SILVER menjadi Kenderaan Paling murah di dalam pasaran kenderaan baru di Malaysia iaitu serendah RM 24,437.16 untuk warna solid dan RM 24,837.16 untuk warna metallic. Perodua Axia E didatangkan dengan Transmisi Manual sahaja. Walaupun kenderaan ini dipanggil sebagai kenderaan "basic", tetapi ia merupakan lebih baik daripada kenderaan perodua terdahulu iaitu Perodua Viva 660 dimana ia dilengkapi dengan "Power Window"dan "Electric Power Stering". Yang menariknya, ia mempunya dual airbag untuk ciri keselamatan.

 

AXIA 1.0 Standard G

Axia Std G

Untuk varian Perodua Axia 1.0 Standard G didatangkan dengan dua jenis transmisi iaitu MANUAL dan AUTO. Harga yang ditawarkan adalah RM 32,127.16(solid) dan RM 32,527.15(metalik) bagi manual transmisi manakala untuk Transmisi Auto, harga yang ditawarkan adalah RM 35,127.15 (Solid) dan RM 35,527.15 (metalik). Varian ini di datangkan dengan 2 warna istimewa iaitu Lemon Grass Green (Hijau) dan Cherry Blossom (seakan warna merah jambu). Oleh kerana Harga transmisi autonya adalah RM 32,127.16 adalah maka, ia merupakan varian auto termurah.  Kelebihan varian ini, ia mempunya pelarasan untuk cermin sisi, dan dilengkapi dengan sistem ABS dan EBD untuk ciri keselamatan serta mempunya dual airbag. Ia juga mempunya sport rim 14" yang mempunyai design yang menarik berbeza dengan Varian E yang hanya menggunakan rim besi. Selain itu, perbezaan varian ini jika dibandingkan dengan Varian E, ia mempunyai Radio manakala Varian E tidak mempunyai radio.

 

AXIA 1.0 SE 

axia se

 

Varian berikutnya adalah Varian Axia 1.0 SE. Varian ini mempunyai dua transmisi iaitu MANUAL dan AUTO.. didatangkan dengan dua warna istimewa iaitu LAVA RED (Merah) dan Sunflower Yellow (Kuning). Harga  Transmisi Manual untuk warna Solid adalah RM 36,637.15 dan Metallic RM 37,037.16 manakala untuk Transmisi Auto, warna solid berharga RM 39,637.15 dan metallic berharga RM 40,037.16. Untuk varian ini, ia mempunyai kelebihan iaitu lampu projector, lampu kabus (fog lamp), lampu belakang LED, Tinted Security, Spoiler, Side skiriting, tempat duduk Semi-Bucket, Serta Radio yang dilengkapi dengan mp3/bluetooth/usb port. 

AXIA 1.0 ADVANCE 

axia advance

Axia 1.0 Advance adalah varian yang paling tinggi spesifikasinya (full spec). Didatangkan dengan Transmisi AUTO sahaja. Seperti Axia 1.0 SE, ia mempunya dua warna istimewa iaitu Merah dan Kuning. Harga untuk solid ialah RM 41,967.15  manakala metallic RM 42,377.51. Dari segi design dan reka bentuk adalah sama dengan Axia 1.0 SE, cuma ia memiliki kelebihan iaitu, LCD touch screen, system Navigasi GPS, dan tempat duduk kulit. Kelebihan lain adalah sama dengan Axia 1.0 SE seperti lampu projector, lampu kabus (fog lamp), lampu belakang LED, Tinted Security, Spoiler, Side skiriting, tempat duduk Semi-Bucket.

 

 

 

 

 

energy efficient vehicle

Kereta perodua,Perodua,Perodua,Produa,Harga kereta perodua,Harga kereta produa,Harga kereta produa,Trade in,POV,Kereta baru,Diskaun Perodua,Myvi,Axia,Alza,Perodua myvi,Perodua axia,Perodua alza,Diskaun Perodua,Perodua baru,Perodua selangor,Perodua Damansara,Perodua Damansara,Perodua putrajaaya,Perodua putrajaya,Perodua Lembah kelang,Pre-owned vehicle,Kereta murah,Kereta tempatan,Kereta nasional,Kereta kompak,Compact car,Proton.

Pembiayaan

   

Hubungi Saya

No. 6F,
Jalan Teknologi Sunsuria,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 012 - 310 5954

 

Facebook

 
Premium Joomla Templates