8 LANGKAH DALAM MEMBUAT PEMILIHAN UNTUK MEMBELI KERETA

Bagaimana anda mencari kereta yang betul-betul sesuai dengan keperluan anda selama bertahun-tahun akan datang? Untuk mereka yang membeli secara tunai mungkin tidak terlalu terbeban jika tersalah pilih kerana anda boleh menjual semula, tetapi untuk mereka yang membuat pinjaman?? 9 tahun (paling maksima pinjaman) pinjaman yang anda perlu hadapi setiap bulan untuk membayar dan akan menggunakan kereta yang anda kesali kerana membelinya. Oleh itu anda memerlukan sedikit penyelidikan dan perancangan. Langkah-langkah berikut akan membantu anda membuat pilihan untuk mendapatkan kenderaan yang terbaik untuk anda. Justeru itu, anda boleh membuat keputusan sama ada anda mahu membeli sebuah kereta baru, atau membeli sebuah kereta yang terpakai.

01 NILAI BERDASARKAN KEPERLUAN.

Kadangkala, kita impikan berbagai-bagai kelebihan dan kehebatan yang ada pada sebuah kereta, tetapi adalah lebih baik jika kita fikirkan sesuatu yang lebih praktikal berdasarkan keperluan kita – bukan sahaja untuk jangka masa singkat, tetapi untuk jangka masa panjang dan untuk tahun-tahun yang mendatang. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira:

  1. Berapa ramai penumpang yang akan menggunakan kenderaan anda (Keluarga atau bujang)?
  2. Apakah jenis pemanduan yang anda sering hadapi? Jalan bandar? Lebuh Raya? Atau jalan yang teruk (off-road) seperti jalan ladang?
  3. Adakah anda akan memandu di kawasan sejuk seperti cameroon highland? Tepi pantai seperti pulau? Atau kawasan yang panas seperti bandar?
  4. Adakah anda memerlukan kenderaan yang jimat minyak kerana banyak melakukan perjalanan yang jauh?
  5. Adakah anda perlu all-wheel drive, 4wd atau 2wd?
  6. Apakah ciri-ciri keselamatan penting yang anda perlukan?
  7. Adakah anda memerlukan ruang penyimpanan yang luas?
  8. Adakah anda akan menggunakan kerusi kereta kanak-kanak?
  9. Adakah anda akan sering menunda kenderaan lain?
  10. Berapa banyak garaj atau ruang letak kereta yang anda miliki untuk kereta baru anda?

 

02 TETAPKAN BUDGET ANDA.

 Melainkan anda membayar tunai untuk kereta anda, anda perlu untuk berfikir tentang pembiayaan pinjaman kenderaan anda. Berapa jumlah yang benar-benar anda mampu untuk peruntukkan untuk pembayaran kereta setiap bulan? Secara umumnya, ada pendapat mengatakan, jumlah budget untuk sesebuah kenderaan sebulan adalah tidak lebih daripada 20 peratus daripada gaji anda setiap bulan.

Untuk melihat bagaimana harga berbanding dengan apa yang orang lain membayar untuk kereta itu,boleh kira melalui pengiraan loan (loan calculator) didalam keretaperodua4u.com. kemudiannya, anda boleh membuat anggaran berdasarkan harga kereta dan jumlah pendahuluan.

 

  

03 TUNAI ATAU PINJAMAN.

 Sebagai contoh, jika anda membeli kereta secara tunai anda perlu mengumpul wang yang mengambil masa lama dan jika anda bukan dalam kategori yang kaya, anda hanya mampu membeli kereta yang lebih murah atau terpakai dimana mungkin tidak menepati citarasa anda. Berlainan pula jika anda membeli kereta secara pinjaman, anda boleh membeli kereta baru yang lebih mahal dan lebih selesa dengan hanya membuat pinjaman yang boleh diluluskan oleh pihak bank.

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan antara pajakan dan pembelian:

Tunai

  1. Anda tidak perlu memikirkan wang yang perlu dikeluarkan untuk bayaran bulanan.
  2. Anda boleh trade in kereta anda terus walaupun baru sahaja membeli.
  3. Tidak perlu membayar interest/faedah bank, hanya membayar harga kereta sahaja

Pinjaman

  1. Anda boleh trade in kereta anda tanpa perlu membayar penuh harga kereta tersebut.
  2. Anda boleh membeli kereta yang lebih baik berdasarkan kelulusan bank.
  3. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar semasa mula membeli kereta anda.
  4. Anda hanya mengeluarkan belanja yang sedikit setiap bulan dan akan memilik kereta anda selepas habis membuat bayaran pinjaman.

   

04 MEMBUAT PERBANDINGAN.

 Jika anda sudah pun mempunyai sebuah kereta dalam fikiran, jangan terburu-buru sebaliknya kaji semula kenderaan lain dalam kelas yang sama untuk memastikan anda tidak terlepas pandang bahawa ada kemungkinan terdapat pilihan lain yang lebih baik. Anda boleh melakukan ini dengan menyenaraikan kereta yang terdapat dipasaran mengikut kategori yang menjadi keutamaan anda.

Setelah anda mendapat senarai kenderaan yang menjadi pilihan, anda dengan mudah dapat melakukan kajian berdasarkan maklumat terperinci mengenai harga, spesifikasi dan ciri-ciri mengikut kehendak anda . Anda juga boleh membandingkan kenderaan anda memilih untuk lebih mudah bezakan ciri-ciri dan spesifikasi kereta. Jika, anda tidak tahu di mana untuk memulakan, anda boleh berbincang dengan Nazrul dari www.keretaperodua4u.com atau dengan Nurul dari www.keretaproton4u.wordpress.com.

 

05 PERTIMBANGKAN KOS SELEPAS MEMBELI.

 Pelanggan selalu terlepas pandang bahagian ini, iaitu kos selepas membeli. Kemungkinan kos selepas membeli lebih tinggi daripada harga kereta tersebut. Mengapa? Walaupun dua buah kereta bernilai kira-kira yang sama ketika dibeli, kedua-dua kenderaan tersebut mungkin berbeza jumlah kos yang perlu ditanggung selepas pembelian.

Sebelum anda memutuskan untuk kereta, anda perlu menganggarkan kos pemilikan jangka panjang. Ini termasuk susut nilai apabila di trade in, insurans, penyelenggaraan dan kos bahan api. Dengan cara ini anda boleh membantu anda membuat keputusan yang bijak di depan bahawa boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit sepanjang hayat kereta.

Ingat, kereta dengan rekabentuk yang cantik ataupun mempunyai jenama yang ternama belum tentu mempunyai kualiti atauapu menjadi piliihan yang terbaik.

 

06 CARI KERETA PILIHAN ANDA.

Pada masa lalu, pembeli kereta terpaksa pergi kepusat jualan untuk mengetahui apa kenderaan berada dalam simpanan mereka. Tetapi kini, dengan melayari internet ,anda dengan cepat dapat mengakses seluruh maklumat berkenaan kereta idaman anda dengan mudah dan menjimatkan. Setelah anda mempunyai maklumat tentang kereta apa yang anda mahu, anda dengan mudah dapat membuat tempahan.

 

07 MEMBUAT KEPUTUSAN.

Membuat keputusan yang tepat adalah penting, tetapi anda perlu tahu, tidak ada satu pun kenderaan yang dibina sempurna. Walaubagaimanapun kereta hari ini adalah lebih selamat berbanding kereta terdahulu. Barbanding kereta terdahulu, kereta kini adalah lebih jimat dari segi penggunaan minyak atau petrol. Kos penyelenggaraan juga adalah lebih murah darpada kenderaan dahulu. Pendek kata, mungkin ada beberapa pilihan kenderaan yang baik, tetapi pada pandangan anda, kereta pilihan anda lebih baik. Maka jangan benarkan hal psikologi mengagganggu anda daripada membuat keputusan.

 

08 MASA UNTUK MEMBELI.

Jika anda telah mengikuti langkah 1-7, anda mungkin telah menemui kereta idaman anda. Maka, bersedialah dengan dokumen yang diperlukan untuk membeli kereta idaman anda. Garis panduan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis didalam dunia jual beli kereta. Mungkin ada pandangan lain yang lebih baik daripada artikel ini anda boleh juga jadikan ianya sebagai rujukan.

Jika anda ingin bertanya secara langsung, anda boleh hubungi nazrul perodua daripada keretaperodua4u.com atau dengan Nurul Proton dari keretaproton4u.wordpress.com.

 

09 SENARAI SEMAK.

 

  1. Menilai keperluan anda - bukan kemahuan anda - untuk menentukan kereta yang sesuai untuk anda.
  2. Tetapkan bajet anda. Anda boleh menganggarkan bayaran bulanan anda dengan menggunakan pengiraan pinjaman.
  3. Buat keputusan yang terbaik samada membeli kereta secara tunai atau membuat pinjaman untuk kereta baru anda.
  4. Bandingkan kenderaan lain yang sama kelas dengan kereta yang sedang anda pertimbangkan untuk dibeli
  5. Pertimbangkan semua kos lain selepas membeli.
  6. Rujuk atau layari laman web kenderaan yang anda telah pilih atau hubungi jurujual daripada syarikat kenderaan tersebut. Nazrul Perodua (keretaperodua4u.com) untuk kereta perodua atau Nurul Proton (keretaproton4u.wordpress.com) untuk kereta proton.
  7. Tentukan kereta baru anda yang telah menjadi pilihan anda
  8. Hubungi jurjual dan buatlah tempahan.
  9.  

Kereta perodua,Perodua,Perodua,Produa,Harga kereta perodua,Harga kereta produa,Harga kereta produa,Trade in,POV,Kereta baru,Diskaun Perodua,Myvi,Axia,Alza,Perodua myvi,Perodua axia,Perodua alza,Diskaun Perodua,Perodua baru,Perodua selangor,Perodua Damansara,Perodua Damansara,Perodua putrajaaya,Perodua putrajaya,Perodua Lembah kelang,Pre-owned vehicle,Kereta murah,Kereta tempatan,Kereta nasional,Kereta kompak,Compact car,Proton.

Pembiayaan

   

Hubungi Saya

No. 6F,
Jalan Teknologi Sunsuria,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 012 - 310 5954

 

Facebook

 
Premium Joomla Templates