PENIPUAN DAN MITOS DALAM JUAL BELI KERETA

 

penipuan

01 Dijamin LULUS: Tidak ada seorang jurujual pun yang boleh menjamin kelulusan. Malah pegawai bank sendiri juga tidak boleh menjamin kelulusan. Kelulusan adalah bergantung kepada latar belakang pelanggan, jumlah gaji pelanggan, syarikat pelanggan, dan lain-lain. Zaman dahulu memang boleh dijamin lulus, kerana ketika itu, segala permohonan adalah menggunakan sistem manual. Tetapi kini, setiap sistem didalam bank adalah menggunakan sistem berkomputer dan software, segala kelulusan adalah automatik berdasarkan sistem komputer. Tidak ada istilah “kawtim” lagi.

02 Interest rate terlalu rendah: Ketika artikel ini ditulis, kadar interest terendah untuk kereta nasional adalah sekitar 2.9% manakala untuk kereta import adalah sekitar 2.7%. Jika jurujual menawarkan  kadar yang luar biasa rendah, maka hati-hati la, jangan terpedaya.

03 Diskaun/Rebate luar biasa: Jangan terpedaya dengan rebate atau diskaun luar biasa. Pilih la jurujual yang menawarkan diskaun yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar. Diskaun yang luar biasa selalunya adalah duit anda sendiri yang telah dipusing oleh jurujual. Jika jurujual menawarkan sejumlah diskaun, semak lah di laman web rasmi pengeluar kenderaan. Sebagai contoh www.perodua.com.my

04 Hadiah/free gift: Secara umumnya, hadiah yang biasa ditawarkan oleh jurujual adalah smart tag, touch n go, full tank petrol, umbrella, stering lock. Untuk makluman anda, hadiah ini tidak diberi oleh pengeluar kenderaan akan tetapi dikeluarkan melalui wang poket jurujual. So, jangan la bebankan jurujual dengan permintaan yang terlalu rumit. Kerana permintaan yang luar biasa akan menyebabkan jurujual mencari jalan untuk menipu pengguna.

05 Jangan mudah terpedaya dengan berpuluh-puluh gift atau hadiah yang ditawarkan. Percayalah, sebahagian besar gift tersebut memang telah ada didalam kereta baru anda tanpa perlu dihadiahkan. Itu semua untuk mengaburi mata pelanggan untuk tertarik dengan hadiah yang banyak.

06 Deposit/pendahuluan: Jangan sesekali membayar wang deposit atau pendahuluan kedalam akaun jurujual mahupun atas tangan jurujual. Sebaiknya bayarla terus ke akaun syarikat ataupun datang sendiri ke pejabat untuk membuat pembayaran. Pastikan semasa memasukkan atau melakukan pemindahan wang, semak nama akaun penerima. Nama akaun penerima sepatutnya adalah nama akaun syarikat sdn bhd/berhad.

07 Pastikan anda menerima resit rasmi syarikat untuk setiap pembayaran.

08 Tidak ada istilah bayaran duit tepi untuk mendapatkan kenderaan segera. Jangan mudah percaya kepada jurujual yang meminta pelanggan membuat pembayaran berasingan untuk mendapatkan “kereta cepat” atau untuk mendapatkan warna yang pelanggan mahu. Kemungkinan kereta tersebut memang telah ada, cuma jurujual sengaja mahu menipu wang pelanggan yang terdesak untuk memiliki kenderaan.

09 Tidak ada juga istilah bayaran duit tepi untuk meluluskan pinjaman. Masalah ini yang selalu saya dengar dari pelanggan yang telah ditipu oleh jurujual sebelum ini. Jika latar belakang atau rekod anda tidak cantik, perbaiki la dahulu rekod tersebut. Jangan mudah terpedaya.

10 Pastikan jurujual tersebut merupakan jurujual sah yang dilantik. Semak pengenalan diri jurujual tersebut seperti, surat lantikan, kad pekerja, sijil lantikan. Hindari dari berurusan dengan ejen atau brooker yang tidak bertauliah. Ini kerana, brooker atau ejen tersebut tidak terikat dan bebas melakukan apa jua penipuan tanpa boleh dikenakan tindakan.

11 Tidak ada istilah “Salesman nombor 1” “Jurujual Terbaik” “Top Salesman” “pakar membuat pinjaman bank”. Siapa yang memberi anugerah? Apakah buktinya? Sesiapa pun boleh claim diri mereka dengan apa jua “title”. Tetapi adakah anda perlukan itu semua? Seorang pelanggan hanya memerlukan urusniaga yang selamat, maka cari la “jurujual yang jujur”.

12 Berhati-hati la dengan jurujual yang menjanjikan bulan dan bintang. Cari la jurujual yang ikhlas dan tulus dalam urusniaga mereka. Tidak ada suatu pun tawaran yang luar biasa adalah jujur. Berhati-hati lah.

 

Kereta perodua,Perodua,Perodua,Produa,Harga kereta perodua,Harga kereta produa,Harga kereta produa,Trade in,POV,Kereta baru,Diskaun Perodua,Myvi,Axia,Alza,Perodua myvi,Perodua axia,Perodua alza,Diskaun Perodua,Perodua baru,Perodua selangor,Perodua Damansara,Perodua Damansara,Perodua putrajaaya,Perodua putrajaya,Perodua Lembah kelang,Pre-owned vehicle,Kereta murah,Kereta tempatan,Kereta nasional,Kereta kompak,Compact car,Proton.

Pembiayaan

   

Hubungi Saya

No. 6F,
Jalan Teknologi Sunsuria,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 012 - 310 5954

 

Facebook

 
Premium Joomla Templates