PEMERIKSAAN PERCUMA, DISKAUN UNTUK KERETA PERODUA ROSAK AKIBAT GEMPA


ceo perodua

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta kompak, Perodua menawarkan pemeriksaan percuma, bantuan tunda di samping diskaun ke atas komponen terpilih kepada pelanggan yang kereta mereka rosak akibat gempa di Sabah.

“Harapan dan doa kami bersama penduduk Sabah ketika tempoh mencabar ini dan takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.

Bantuan Perodua itu berikuan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.
                                                                                                                                                                                     
Mengenai bantuan yang diberikan, beliau berkata, Perodua akan membayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Selain itu, Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak.

Pemilik kenderaan Perodua digalak menghubungi talian Smart Assist di 1-­800­-88-5555 untuk maklumat lanjut serta perkhidmatan tunda.

 

SUMBER :ASTRO AWANI

 

Kereta perodua,Perodua,Perodua,Produa,Harga kereta perodua,Harga kereta produa,Harga kereta produa,Trade in,POV,Kereta baru,Diskaun Perodua,Myvi,Axia,Alza,Perodua myvi,Perodua axia,Perodua alza,Diskaun Perodua,Perodua baru,Perodua selangor,Perodua Damansara,Perodua Damansara,Perodua putrajaaya,Perodua putrajaya,Perodua Lembah kelang,Pre-owned vehicle,Kereta murah,Kereta tempatan,Kereta nasional,Kereta kompak,Compact car,Proton.

Pembiayaan

   

Hubungi Saya

No. 6F,
Jalan Teknologi Sunsuria,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 012 - 310 5954

 

Facebook

 
Premium Joomla Templates