Myvi

DISKAUN: Beli kereta awal tahun, pertengahan tahun, atau beli kereta akhir tahun?

 

images

Ramai di kalangan pelanggan menghadapi dilema dalam membuat keputusan untuk membeli kereta samada awal tahun atau akhir tahun. Bila tanya orang sekeliling, pelbagai pendapat yang diberikan…  Jadi disini saya sharekan sedikit panduan berdasarkan pengalaman 3 tahun saya sebagai jurujual kereta..

 

Beli Awal Tahun

Seringkali, sebelum kita membuat keputusan membeli kereta, pastinya kita akan cuba semak samada kenderaan yang ingin kita beli itu mempunyai diskaun/rebate atau tidak. Pastinya diskaun/rebate yang banyak membuatkan kita teruja untuk membeli kenderaan tersebut. Tetapi tahukah anda, setiap kali kenderaan ditawarkan diskaun/rebate, pastinya ada sebab tertentu. Selalunya, apabila diskaun/rebate ditawarkan pada awal tahun adalah kerana kenderaan tahun sebelumnya tidak terjual.  Apabila dibawa ke tahun yang baru, adalah tidak munasabah jika kenderaan tahun lepas dijual sama harga dengan harga kereta tahun yang baru.

 

Beli Pertengahan Tahun

Selalunya, apabila pertengahan tahun, pengeluar kenderaan akan kurang memberi diskaun/rebate kerana pada ketika ini, pengeluar kenderaan masih belum terdesak untuk menghabiskan stok yang mereka miliki. Akan tetapi, andai kata terdapat diskaun/rebate, ada 2 sebab utama sahaja, 1) stok tahun lepas masih terlalu banyak 2) kereta stok tahun itu terlalu banyak tidak dijual (tak laku).

 

Beli Akhir Tahun

Ya, pada penghujung tahun, hampir semua pengeluar kenderaan berlumba-lumba menawarkan diskaun yang pelbagai atas pelbagai nama kempen.  Walaupun bermacam-macam kempen, tujuan utamanya adalah satu, untuk menghabiskan stok tahun itu sebelum memasuki tahun berikutnya. Selain itu adalah bertujuan untuk mengejar target jualan tahunan mereka.

 

Kesimpulan:

Jika ditanya, pada waktu bilakah paling sesuai untuk membeli kenderaan, sebenarnya anda kena tanya pada diri sendiri berdasarkan keperluan anda. Adakah anda perlu beli kereta segera? Jika perlu, tak perlu la tunggu-tunggu sehingga mengganggu keperluan anda.

Diskaun yang luar biasa selalunya tidak bertujuan memberi keuntungan kepada pelanggan, akan tetapi tujuannya adalah tidak bukan untuk memberikan kelebihan kepada pengeluar kenderaan atas motif-motif tertentu.

P/S: “Buatlah tempahan kereta anda dengan jurujual yang jujur dan amanah”

Hubungi kami:

NAZRUL PERODUA 012-3105954 (call/sms/whatsapp) – www.KeretaPerodua4u.com

NURUL PROTON 019-3082453 (call/sms/whatsapp) – www.KeretaProton4u.Wordpress.com

Kereta perodua,Perodua,Perodua,Produa,Harga kereta perodua,Harga kereta produa,Harga kereta produa,Trade in,POV,Kereta baru,Diskaun Perodua,Myvi,Axia,Alza,Perodua myvi,Perodua axia,Perodua alza,Diskaun Perodua,Perodua baru,Perodua selangor,Perodua Damansara,Perodua Damansara,Perodua putrajaaya,Perodua putrajaya,Perodua Lembah kelang,Pre-owned vehicle,Kereta murah,Kereta tempatan,Kereta nasional,Kereta kompak,Compact car,Proton.

Pembiayaan

   

Hubungi Saya

No. 6F,
Jalan Teknologi Sunsuria,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 012 - 310 5954

 

Facebook

 
Premium Joomla Templates