Kebanyakan dari pelanggan di luar sana membeli kereta tanpa membuat sebarang kajian dan semakan sebelum membeli kereta. Kami di Keretaperodua4u.com berusaha memberikan edukasi dan maklumat kepada orang ramai agak tidak menjadi mangsa penipuan.
Di sini kami sertakan 10 tips dan panduan sebelum membeli kereta.
1. Pastikan kewujudan kedai/outlet/showroom
Ramai antara pelanggan diluar sana terperangkap kerana berurusan dengan brooker yang tidak bertauliah. Berurusan dengan mereka kononya “wakil jualan yang sah” tetapi sebenarnya tidak berkerja dengan syarikat itu pun. Ada antara mereka ejen kenderaan lain, tetapi menyamar menjadi wakil jualan di syarikat lain. Kalau kena tipu dengan mereka, kamu nak tuntut dengan siapa?
2. Pastikan Berurusan dengan wakil jualan yang sah
Hal ini banyak berlaku, kebanykan tidak berkerja dengan syarikat tersebut. Jadi bagaimana untuk tahu wakil itu sah atau tidak, hubungi outlet tersebut untuk semak kewujudan wakil jualan tersebut. Contoh kami di KERETAPERODUA4U.com, anda boleh call hotline perodua dan semak no id Encik Nazrul Perodua iaitu (506492) untuk kepastian.
3. Sebarang transaksi duit hendaklah kedalam akaun rasmi syarikat
Ini yang paling kerap terjadi. Pelanggan bayar ke akaun wakil jualan. Hal ini SALAH!! kena bayar ke akaun syarikat. Supaya senang nak buat tuntutan. Kami di KERETAPERODUA4U.com hanya akan menggunakan akaun atasa nama PERODUA SALES SDN BHD sahaja.
4. Jauhi Jurujual yang menawarkan diskaun berbeza dengan jurujual lain
Kebanyakan pelanggan cair dan tergoda dengan tawaran diskuan yang luar biasa, kononnya jurujual ini menawarkan diskaun tambahan. Sedangkan sebenarnya jurujual tidak pernah memberikan diskaun tambah. Selalunya jurujual seperti ini, dia memanipulasi pinjaman pelanggan dengan mengatakan ia adalah diskaun. Kerana diskaun yang diberikan oleh syarikat adalah tetap. Tidak akan berbeza dengan jurujual lain. Jika ketika itu tiada diskaun, maksdunya memang tiada diskaun sebenarnya.
5. Pastikan diskaun pada bulan itu berapa atau tiada
Ini parts paling menarik. selalunya jurujual yang terkutuk, dia akan telan semua diskaun pelanggan kalau pelanggan tidak tahu. Jadi ambil tahu promosi semasa, dan beli la dengan jurujual yang diyakini selamat.
6. Ambil tahu harga kereta dan jumlah Pinjaman
Kenapa kena tahu harga kereta? sebab nak elak pinjaman anda di buat tidak melebihi harga kereta. Contoh, harga kereta RM50,000 jurujual buat pinjaman anda RM50,500. So kenapa ada lebih RM500? sebab Jurujual terkutuk nak kebas duit tu. Sebab itu pentingnya tahu harga kereta dan jumlah pinjaman.
7. Elakkan penghantaran kereta ke rumah/ muka pintu
Ada banyak kes yang ramai tidak tahu, bahawa kereta yang di hantar telah mengalami kemalangan semasa penghantaran. Pelanggan tidak tahu kerana jurujual merahsiakannya untuk elakkan dari diambil tindakan oleh pelanggan. Ada satu kes pelanggan saya, hanya menyedari kereta dia pernah dilanggar dari belakang. Itupun selepas saya dan wakil department trade in membuat semakan keatas kereta yang hendak di jual tersebut. kasihan pelanggan, hampir 9 tahun pakai, x pernah tahu kereta dia pernah kemalangan.
8. Elakkan membayar downpayment/muka sebelum sign agreement
Terdapat kes pelanggan membayar kepada jurujual downpayment, tetapi loan atau pinjaman beliau tidak pernah diluluskan. Akhirnya jurujual terkutuk lari membawa wang downpayment beliau
9. Elakkan membayar insuran kereta berasingan
Ingat, insuran dan cukai jalan anda dah termasuk dalam harga kereta, tidak perlu bayar berasingan. jangan ikut cakap jurujual terkutuk yang meminta duit untuk insuran kereta melainkan 1. lebihan insuran markup 2. insuran autolife/pa dengan bank.
10. Beli dengan kami sahaja
Beli dengan kami sahaja untuk tidak pening kepala. Kerana tips diberikan adalah langkah berjaga2 sahaja, tidak mampu melindungi anda sepenuhnya, kerana hanya jurujual itu sendiri sahaja tahu apa yang dia ingin tipu. Jadi terus berurusan dengan kami, lebih selamat kerana melalui wakil perodua yang sah dengan no id encik Nazrul (506492)