keretaperodua4u.com

sKIM PELAJAR: Panduan Lengkap Untuk pelajar membeli kereta

Kenderaan kini bukan lagi menjadi kehendak tetapi telah menjadi keperluan setiap orang. Malah pelajar juga memerlukan kenderaan untuk bergerak bukan sahaja ke kuliah malah untuk tugasan-tugasan kuliah. 

Umum mengetahui bahawa pelajar adalah kategori mereka yang tidak mempunyai pendapatan. Walaupun seseorang pelajar itu membuat kerja sambilan atau sementara atau penerima elaun, bagi bank pelajar tidak mempunyai pendapatan. Oleh kerana itu pelajar adalah dikategorikan sebagai golongan yang tidak layak untuk membuat pinjaman kenderaan.

Apabila hal ini  berlaku, pelajar sering menjadi mangsa penipuan jurujual kereta atau brooker yang durjana mengambil kesempatan ke atas mereka.

Definisi golongan Pelajar

Pelajar adalah golongan yang terdiri daripada mereka yang sedang belajar. Tidak kira samada mereka yang sedang mengikuti kuliah atau mereka yang sedang menjalani latihan industri/praktikal. Selagi mana mereka masih lagi mengikuti pengajian, tidak kira pelajar sekolah atau pelajar IPT ataupun mereka yang sedang berada di tahap SPM, STPM, Sijil, Degree, Master ataupun Phd, mereka akan dikategorikan sebagai pelajar.

Apakah itu skim pelajar

Oleh kerana pelajar di kategorikan sebagai golongan tidak berpendapatan maka, pelajar adalah golongan tidak layak membuat pinjaman kenderaan. Jadi, bagaimana seorang pelajar itu boleh membeli kereta? Jawapannya adalah dengan menyediakan seorang penjamin sebagai sokongan kepada pelajar tersebut. Pendapatan penjamin akan menjadi rujukan kepada pihak bank dalam memberikan pinjaman kepada seorang pelajar.

Penjamin/Guarantor

Apabila seseorang pelajar ingin memuat pinjaman, mereka WAJIB mempunyai seorang penjamin. Kerana bank akan menilai kelayakan seseorang pelajar tersebut berdasarkan latar belakang kewangan penjamin. Ini kerana pihak bank “Beranggapan” bahawa penjamin yang akan membayar walaupun sebenarnya pembayaran itu dibayar oleh pelajar sendiri.

Kelayakan penjamin

  1. Penjamin mestilah ibu/bapa/suami/isteri – (jika keempat-empat penjamin ini tiada, anda boleh berbincang dengan kami jika anda ada penjamin cadangan lain)
  2. Adik beradik juga boleh menjadi penjamin dengan syarat mempunyai pendapatan kukuh.
  3. Penjamin hendaklah berkerja dengan syarikat yang kukuh. Bekerja dengan syarikat enterpise atau free lance tidak layak.
  4. Jika penjamin berniaga hendaklah menyediakan dokumen perniagaan seperti ssm atau lesen penjaja serta penyata bank untuk 6 bulan terkini
  5. Penjamin ibu/bapa/suami/isteri hendaklah berpendapatan anggaran sekitar RM2,000 keatas.
  6. Penjamin adik beradik hendaklah berpendapatan anggaran sekitar RM 2,500 keatas.
  7. Nama penjamin hendaklah bebas dari blacklist/senarai hitam atau mempunyai masalah tunggakan hutang di bank.
  8. Umur penjamin tidak melebihi 61 tahun

Dokumen permohonan

Dokumen Pelajar

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang)
  2. salinan lesen (depan belakang)
  3. salinan kad pelajar/surat tawaran belajar

Jika penjamin berkerja:

  1. Salinan kad pengenalan penjamin (depan belakang)
  2. Slip gaji penjamin 3 bulan
  3. Penyata bank penjamin 3 bulan

Jika penjamin Berniaga:

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang)
  2. Salinan ssm/lesen penjaja
  3. Penyata Bank 6 bulan

Kelebihan skim ini

  1. Anda tidak perlukan dokumen wajib seperti permohonan pinjaman biasa contohnya slip gaji, dan statment bank
  2. Anda tidak perlukan syarikat yang kukuh, tidak seperti permohonan biasa, pemohon mesti berkerja di syarikat yang kukuh. Cukuplah anda berstatus seorang pelajar.
  3. Peluang kelulusan anda lebih tinggi berbanding pemohon yang berkerja tetapi bergaji kecil.

Mitos dan Salah faham skim pelajar

  1. Harga kereta lebih murah – Skim ini tidak menjadikan harga kereta lebih murah. Kerana skim ini disediakan oleh pihak bank, manakala harga kereta di keluarkan oleh pengeluar kenderaan. Pengeluar kenderaan tidak bertanggungjawab dalam urusan pinjaman pelajar dan bank
  2. Diskaun – Tiada diskaun khusus untuk skim ini. Seperti kenyataan tadi, skim ini disediakan oleh pihak bank, manakala diskaun diberikan oleh pengeluar kenderaan. Justeru, pihak pengeluar tidak bertanggungjawab didalam skim ini.
  3. Pembayaran selepas habis belajar – Pembayaran wajib di bayar selepas sebulan ambil kereta. Ini kerana setelah pihak bank membayar kepada pengeluar kenderaan, pihak bank mahukan wang mereka semula. Ini kerana tidak ada jaminan bahawa pelajar akan membayar kenderaan tersebut setelah tamat belajar. Bank tidak akan sesekali mengambil risiko tersebut.
  4. Ansuran bulanan lebih rendah – Tidak,  ansuran bulanan adalah sama sahaja seperti pinjaman biasa. Kerana jumlah, tempoh dan interest pinjaman adalah sama dengan dengan pinjaman biasa. Skim ini adalah khusus memberi peluang untuk pelajar membeli kereta dengan syarat yang lebih mudah dan dokumen yang lebih mudah disediakan kerana pelajar tidak mempunya dokumen lengkap untuk permohonan pinjaman biasa.

Kesimpulan (WAJIB anda baca)

Pelajar adalah golongan yang muda dan tidak bepengalaman dalam urusan jual beli kenderaan. Elakkan berurusan dengan jurujual yang tidak jujur atau brooker durjana. Jangan biarkan anda menjadi “makanan mereka“. Berurusan dengan orang yang betul untuk mengelakkan kerugian ribuan ringgit

Ramai pelajar yang menghubungi kami untuk dapatkan nasihat dalam jual beli kereta. Pendapat yang diberikan adalah jujur. Tetapi akhirnya memilih orang lain dalam pengurusan jual beli kenderaan. Akhirnya menjadi mangsa penipuan. Ada yang kembali semula kepada kami dalam keadaan yang sudah terlambat dan tak sempat kami selamatkan. Pilihan di tangan anda. Tugas kami dah selesai dalam menyampaikan.

Jika anda inginkan urus niaga yang selamat, sila klik butang dibawah untuk kami bantu selamatkan anda.