keretaperodua4u.com

sKIM PINJAMAN KENDERAAN UNTUK e-hAILING DAN DELIVERY

Ramai pemandu e-hailing dan rider delivery ingin membeli kenderaan pergi ke showroom atau pusat pameran kenderaan dengan harapan ingin membuat pinjaman tetapi “ditolak” oleh jurujual/salesman kerana mereka memberitahu bahawa perkerjaan ini tidak layak untuk membuat pinjaman. Atau ada di antara mereka memberitahu bahawa golongan pemandu e-hailing dan rider delivery ni mesti ada penjamin.

Justeru ramai di antara pemandu e-hailng dan rider delivery ini yang kecewa dan putus harapan. Kerana ini satu-satunya perkerjaan yang mereka ada tetapi tidak dapat digunakan untuk membeli kereta dengan alasan pihak bank tidak menerima golongan ini.

Kami di www.KERETAPERODUA4U.com sedar akan masalah ini dan telah mencuba berbincang dengan pihak bank serta syarikat kewangan lain. Oleh itu kami telah mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan SKIM PINJAMAN KENDERAAN UNTUK E-HAILING dan DELIVERY. Dengan harapan dapat membantu golongan ini mendapatkan pembiayaan kenderaan.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

Apakah syarat-syarat untuk pinjaman ini?

  1. Pemohon hendaklah berkerja lebih daripada 6 bulan
  2. Pemohon hendaklah berusia lebih daripada 22 tahun 
  3. Sumber duit masuk ke dalam akaun bank hendaklah berjumlah RM 2,000 keatas setiap bulan selama 6 bulan
  4. Memiliki lesen memandu kereta. Minimum “P“.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  1. Salinan Ic (depan belakang)
  2. Salinan lesen (depan belakang)
  3. Penyata E-hailing/Delivery dari syarikat selama 6 bulan
  4. Penyata Bank selama 6 bulan daripada pekerjaan E-hailing/Delivery

Jika tuan-tuan dan puan-puan yang berkerja dalam bidang e-hailing atau delivery yang berminat untuk membeli kereta Perodua, sila tekan butang di bawah untuk membuat pertanyaan untuk permohonan.