keretaperodua4u.com

Cara Trade In Kereta Lama Anda Untuk Mendapatkan Model Baru Perodua Melalui POV

APAKAH ITU POV?

POV adalah singkatan kepada Pre-Owned Vehicle merupakan salah satu jabatan dibawah PERODUA SALES SDN BHD yang bertindak sebagai jabatan yang mengambil kereta pelanggan yang ingin trade-in kereta lama mereka untuk mengambil kereta Perodua yang baru.

Oleh kerana terlalu banyak penipuan didalam proses trade-in yang telah berlaku sebelum ini, maka PERODUA telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan POV untuk melindungi pelanggan PERODUA daripada menjadi mangsa penipuan semasa proses trade in.

aPA YANG POV TAWARKAN?
1. TAWARAN HARGA YANG BERPATUTAN

Anda sentiasa mendapat harga yang berpatutan kerana kami sentiasa mengemas kini nilai tukar beli mengikut harga jualan pasaran kenderaan terpakai

Nilai tukar beli adalah berdasarkan keadaan semasa kenderaan lama anda.

2. MUDAH DAN MENYENANGKAN

Kenderaan lama anda boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan kenderaan baru Perodua. Anda hanya perlu serahkan kenderaan lama semasa  mengambil kenderaan baru.

Penyelesaian baki pinjaman sewa beli akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengambilan kenderaan baru anda. Jika terdapat sebarang saman di dalam tempoh tersebut, ianya akan ditanggung oleh pihak kami.

3. TUKAR HAK MILIK SERTA-MERTA DAN SELAMAT

Kami menggunakan Sistem Tukar Milik Sementara (STMS), sistem talian yang membolehkan tukar milik kenderaan dilakukan dengan mudah daru cawangan Perodua.

Proses ini selamat serta cepat hanya dengan menggunakan Mykad dan cap jari sebagai pengesahan.

Jaminan pertukaran hak milik akan disempurnakan dalam tempoh 14 hari selara dengan Undang-undang Malaysia, Akta 333, Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Saman yang dikenakan ke atas kenderaan tukar beli selepas proses tukar milik akan ditanggung oleh pihak kami.

4. PENASIHAT PENILAI YANG BOLEH DIPERCAYAI

Semua penasihat penilai kami memilik kelayakan untuk membuat penilaian harga secara profesional.

Setiap penasihat penilaian kami terlatih, mempunyai pengetahuan mendalam serta kemahiran automotif untuk menilai kenderaan tanpa mengira jenama dan usia.

Penilaian harga tukar beli ini adalah PERCUMA.

Kelebihan Trade In dengan POV

Kereta Dapat Cepat

Bagi mereka yang Trade In dengan POV, anda kan dapat kereta berbanding dengan orang lain. 

Contoh: Jika model yang ingin di beli kena tunggu 6 bulan, mereka yang trade in dengan POV akan dapat dalam 4 bulan. Jika model yang ingin dibeli kena tunggu 3 bulan, mereka yang trade in dengan POV akan dapat dalam 1 bulan setengah.  Senang cerita akan dapat cepat berbanding tanpa trade in degan POV.

PERHATIAN: Ini hanya mereka yang trade in dengan POV sahaja, dengan pihak lain tidak di gunapakai. Jika anda berurusan dengan Salesman lain, kami tidak bertanggung jawab.

Harga Maksimum Tanpa Markup

Jika anda trade in dengan kami, harga yang ditawarkan adalah maksimum.

90% pelanggan yang trade in bukan dengan POV akan di tawarkan harga yang kurang  dari harga sebenar. 

Contoh: Used car menawarkan RM 15,000 untuk kereta pelanggan, tetapi salesman memberitahu pelanggan harga kereta hanya RM14,000.. Rm 1,000 lagi di ambil oleh salesman. Ataupun salesman awal-awal lagi berpakat dengan used car untuk mendapatkan duit ekstra dari hasil Trade in.

Jika pelanggan trade in dengan POV, harga yang di tawarkan oleh POV akan diterima oleh pelanggan dengan maksimum. Salesman tidak akan mendapat keuntungan dari urusniaga .

Kereta Lama dan kereta Baru di tukar pada Hari yang sama

Jika pelanggan berurusan dengan POV. kereta lama hanya di serahkan pada hari yang sama pelanggan ambil kereta.

Kebanyakan pelanggan yang trade in tidak melalui POV, mereka terpaksa menyerahkan kereta lebih awal.

Selalu terjadi pelanggan tidak akan mempunyai kenderaan setelah kereta lama di serahkan kepada used car.

Kami pernah menerima aduan pelanggan tertipu, kereta lama telah di serahkan, duit tidak diberi, alasannya salesman telah beri kepada syarikat sebagai downpayment. Tetapi kereta baru kena tunggu 6 bulan. Bayangkan 6 bulan pelanggan tidak mempunyai kereta. Malangnya kami tidak dapat membantu.

sedangkan pelanggan tersebut sebelum ini telah berurusan dengan kami, tetapi  tepedaya dengan jurujual lain kerana kereta trade in beliau di tawarkan lebih tinggi sedikit berbanding kami.

Akhirnya 6 bulan sengsara tidak mempunyai kereta. Kos Grab lebih tinggi dan lebih rugi   daripada trade in dengan kami.

Tolong Ambil Perhatian

Kami di KERETAPERODUA4U.COM berusaha sebaik mungkin melindungi pelanggan kami dari pada menjadi mangsa penipuan segelintir jurujual dan brooker durjana. Dalam kes trade in, setiap hari kami menerima aduan dari pelanggan yang menjadi mangsa. Amat sukar untuk kami bantu kerana kebanyakan kes telah pun terlambat. 

Oleh itu, kami berharap pelanggan yang sempat bertemu website kami ini adalah pelanggan-pelanggan yang akan berjaya kami selamatkan. Walaubagaimanapun, ianya suatu cabaran yang sangat berat untuk kami meyakinkan pelanggan kami dengan memberikan maklumat jujur kerana seringkali kami tewas dengan maklumat palsu dari segelintir jurujual atau brooker durjana di luar sana. Kerana, perkara yang jujur itu selalunya pahit untuk diterima dan perkara yang palsu itu indah untuk didengari.

Akhirnya pelanggan juga yang jadi mangsa. Bukan sedikit amaun yang  ditipu. Mencecah ribuan ringgit dan ada sesetengah kes mencecah puluhan ribu ringgit. Hanya kerana tertarik dengan tawaran harga trade in yang tinggi. Kadang kala perbezaan tawaran tersebut hanyalah RM1-2 ribu sahaja, tetapi pelanggan kehilangan belasan ribu hanya kerana nak kejar keuntungan kecil tadi.

Apapun kami bersyukur, kami masih lagi teguh selama 6 tahun berkhidmat dalam industri ini. Kerana kami mendapat sokongan dari pelanggan-pelanggan yang percaya dengan perkhidmatan kami. Jujur dan Amanah adalah pegangan kami.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan trade in daripada kami,  anda boleh klik butang di bawah untuk perbincangan lebih lanjut